Agenda + Salam Aidilfitri

September 16, 2009



Assalamualaikum W.B.T

Hari yang penat bagiku. Balik kelas dalam pukul 1 lebih macam tu terlentang tidur memandangkan aku ada kelas lagi pukul 6 petang nanti. Terjaga dari tidur, Masya-Allah aku tak solat zohor lagi. Maka bergegaslah aku menunaikannya dikhuatiri zohor habis nanti. Sebenarnya aku ada agenda! Jeng... Jeng... Jeng!

Tetiba handphone nokia 6120 classic berbunyi mesej. Mesej yang membuatku tersenyum lebar. Kelas petang ni cancel! What a lucky day.. Ishh memang patut pun batal. Bukan apa, mood pergi kelas rasa rata-rata dah tak ada la. Kat kampus pun aku tengok dah lengang dah. So boleh la aku meneruskan agenda aku.. Jeng... Jeng... Jeng! ( 1 more time ).

Lantas aku terus mengONkan laptopku, aku capai handphone dan aku mengeluarkan memory card on my phone. So aku cucuk adapter USB kat aku laptop. Aku terus buka hard disk 'F' tapi yang keluar camni, ' You want formatted this hard disk' Adus apa masalah problem plak ni. Banyak kali aku try keluar camtu. So aku try mem'bluetooth'kan handphone aku ni. Uwaaa tak boleh jugak. 'Some file missing'. Aduyaii sebelum ni okey ja...

Pasrah je la.. Agenda aku ialah ingin memasukkan lagu-lagu raya dalam handphone dan nak dengar dalam bas malam ni. Best tak agenda aku? Hehe..~ Tapi niat murni aku terhalang! Redha je la. Yer malam ni aku balik kampung.. Hah jangan tak caya. Ni tengah dok packing barang pun sambil dengar lagu raya. Ishh tak sabaq sungguh aku ni..

Hemmm.. Tahun ni rasa sekejap sangat Ramadan.. Sememangnya aku rasa tiap-tiap tahun macam tu. Memang tanda-tanda akhir zaman. Masa pantas meninggalkan kita tanpa kita sedari. Tapi Hari Raya bagi aku tiap-tiap tahun biasa ja. Disambut secara sederhana. Memang kemeriahan tu kurang terasa compare masa kecik-kecik dulu. Biasa ar beb, dulu dapat duit raya. Sekarang ni kalau dapat duit raya lagi melampau la. Eh aku rasa boleh kalau nak dapat duit raya. Aku pergi raya bawa anak buah aku. For sure dapat punya! Hehe..~

Ada jugak kueh raya dibawa pulang untuk keluarga. Housemate aku tak habih-habih dok promote kueh raya dia. Kesian pulak. Beli jugak la. Lagipun bila lagi kan.. Yang pastinya perasaan ingin balik kampung ni memang berkobar-kobar gak la. Sekarang baru rasa perantauan tu. Dulu masa dok kat Penang tak rasa sangat. Memang kalau layan lagu 'Dendang Perantau' by Allahyarham P. Ramlee memang masyuk ni..

Aku akan bercuti selama 11 hari. dan 11 hari la aku takkan post entri bcoz kat rumah tak dak internet. Okey la aku rasa tak banyak benda nak cerita lagi di sini. Maka dengan ini aku ingin meminta maaf banyak-banyak kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri aku. Yang sengaja dan tak disengajakan. Kadang2 tidak sedar kita buat salah kat sesiapa kan. Juga kepada rakan-rakan blogger semua. Minta maaf ya kalian.. Moga lebaran yang bakal menjelma ini memberi seribu 1 keinsafan dan rahmat kepada kita semua.. Lupakan silap dan salah.. InsyaAllah.. Berhati-hati di jalan raya bagi mereka yang memandu.. Last but not list, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.. Jemput mai rumah..! :)


Gambar raya tahun lepas...

You Might Also Like

2 Comments

  1. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
    MAAF ZAHIR DAN BATIN..

    ReplyDelete
  2. slmt hari raya gak.. wey asiah tak mai raya umah aku pon noh.. aku pon xdan nak pi raya umah hg.. huhu~

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe