The most important person in our life~

November 06, 2009


Assalamualaikum w.b.t

Bersua lagi dalam episod perjalanan seterusnya. Biasa la aku free and available. So daripada aku mengisi masa lapang dengan benda tak memberi manfaat, baik aku update blog aku. Manfaatkah? Hopefully. Hemm, aku rasa benda yang bakal aku cerita ni bakal memberi manfaat pada kita semua. Tapi sebelum tu apa kata kita layan video kat bawah ni dulu.

Eh, alamak, tidak, no! Percubaan kali ke-6 aku untuk upload video yang dimaksudkan itu tidak mengalami tanda-tanda berjaya. Adei pelik ni. Selalunya upload kat youtube tu okey ja. Takpalah, apa kata cuba klik di sini
Aku masuk url dia la. So layanilah dulu sebelum aku komen. Maybe certain pada you all dah pernah tengok kot. Kalau tak pernah, tengok dan hayatilah. Yang dah tengok, tengoklah sekali lagi kalau sudi. Sudi-sudikan lah diri anda.

Dah tengok? Actually aku tengok video tu awal semester ni. Ada hadiri program fakulti aku. Dalam program tu ada la papar pasal video ni. Eh tapi kenapa post? Bukan hari ibu pun kan? Perlu tunggu hari ibu ke untuk post benda alah ni? Eh tak perlu, tak perlu. Bagus dan tahniah kepada mereka yang telah menjayakan produksi ini.

" Kadang-kala mak bertanya, adakah nanti anak-anak boleh lakukan perkara yang sama kepada mak. Mak minta maaf sekiranya mak terlalu mendesak adik dan along untuk belajar bersungguh-sungguh ". Paling tertarik dengan monolog ni. Luahan seorang insan yang bergelar ibu. Dan yang paling tersentuh atau bahasa omputeh sebut touching ialah di mana seorang ibu meminta maaf atas bukan kesalahannya. Waa what the touching tiger hidden dragon ( tak dak kena mengena dalam hal ni, so abaikan ). Eh sebenarnya bukan touching tapi crouching kot. Ah, apa2lah. Yang penting abaikan. Hehe~

Pernahkah situasi itu terjadi dalam kehidupan kita? Rasanya pernah la kan? Sebab tu terhasilnya produksi tersebut. Base on the true experience. Adakah kita akan mengutamakan ibu kita dalam apa-apa hal? Adakah ibu kita akan menjadi orang pertama yang akan dikhabarkan berita gembira? Adakah ibu kita hanya tempat kita menumpang kasih di saat kita kehilangan? Di saat kita kesusahan? Ada orang pernah berkata. Ibu seorang mampu menjaga anak 10 orang, tetapi anak 10 orang belum tentu dapat menjaga ibu seorang. Sama-sama kita fikir dan renungkan.

Di saat ini juga terfikir akan ketabahan seorang makcik yang menjual nasi dan lauk-pauk kat bawah flat aku. Week days memang the makcik akan datang. Memang betul-betul bawah flat aku. Dia drive seorang diri. Susun atur meja, nasi, lauk and so on seorang. Pernah aku bertanya that makcik. " Makcik masak ni semua? " Jawab makcik tu. " A'a ". Dan makcik tu pagi-pagi pergi pasar jual sayur-sayuran. Tengahari jual nasi and lauk-pauk kat flat aku. Malam pergi menjual kat pasar malam. Yang paling aku kagum is semua dia buat sorang.

Begitulah alkisahnya. Hargailah ibu kita semasa mereka masih ada. Bahagiakanlah mereka sedaya upaya, semampu boleh. Kerana memang kita tak mampu membalas segala apa yang mereka berikan pada kita. Segala jasa, perit merih mereka sehingga kita menjadi seseorang. Menasihati diriku ini sama. Wassalam~



bersama ibu gua. copy from

You Might Also Like

1 Comments

  1. sy stju ngn kta2 nie:"Ibu seorang mampu menjaga anak 10 orang, tetapi anak 10 orang belum tentu dapat menjaga ibu seorang."

    cbb sy sndri dh mnglami...sy de 12 sibling...km suma d jg ngn baek,d ddik ilmu dnia & akhirat yg lngkap...tp bla smpai glirn mak...time mak pnggl blk,x suma dpt pnuhi p'mntaan die...ank2 de yg lbh pntngkn hal sndri..t'msuk ank mak yg dgil nie...hu3...cdihnya...ank mak nie bru sdar...

    xpe2...ujung bln nie dh nk blk...yuhuuuu.... :p

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe