Haram Berpakaian Serupai Santa Claus Apatah Lagi Menyambut Hari Krismas

December 25, 2010


Assalamualaikum w.b.t



Gambar Hiasan.



Aku pernah menulis mengenai ini di dalam entri Sedarlah! Ya perlu menulis lagi supaya kita terus ingat akan sesuatu. Sesuatu yang salah. Dan yang salah untuk diperbetulkan.

Straight to the point.




Umat Islam dinasihatkan supaya tidak terikut-ikut menyambut perayaan Krismas hingga sanggup memakai pakaian atau perhiasan menyerupai Santa Claus kerana ia bertentangan dengan ajaran agama.
Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin berkata, umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan mengenai ilmu agama menyebabkan mereka turut serta meraikan perayaan Krismas disambut masyarakat yang menganut Kristian.

“Kerana ingin bersama-sama meraikan perayaan itu menjelang 25 Disember, ada orang Islam yang memakai pakaian seperti Santa Claus bagi saya, hukumnya adalah haram.
“Tanpa disedari, perbuatan itu secara tidak langsung boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah seseorang umat Islam,” katanya, semalam.

Beliau sendiri ada menerima aduan daripada orang ramai yang prihatin mengenai perkara itu dan meluahkan perasaan sedih kerana ada segelintir masyarakat Islam sanggup berpakaian seperti Santa Claus semata-mata kerana diarahkan majikan berbuat demikian.

Tahrir berkata, pihak atasan sesebuah organisasi seharusnya sedar dan maklum mengenai sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.
“Memang tidak dinafikan sesetengah individu yang bekerja di pusat membeli- belah terpaksa memakai pakaian atau perhiasan itu atas kehendak tugas.

“Majikan sebenarnya boleh mengarahkan pekerja bukan Islam berpakaian sedemikian sebaliknya memilih individu beragama Kristian untuk memakai pakaian itu,” katanya.



Sumber dipetik: Harian Metro

Janganlah berbangga dengan memakai topi Santa Claus tu. Memang ada yang berbangga. Siap tangkap tayang seantero dunia. Yang bukan Islam lantak pi la kan. Ni yang dah sah sah Islam ni. Mungkin alasan tak tahu. Okey diterima. Sekarang dah tahu?

Aku copy beberapa contoh entri untuk anda lebih fahami.



KRISMAS DI MALAYSIA

Saya jelek melihat warga kota di KL menyibukkan diri dengan Krismas. Wajah cekodok pisang bertopi Santa. Mata kecil Timur ber’ho ho ho’ di pasar-pasar raya. Apa yang diimport ke masyarakat kita sempena Krismas, bukanlah kesedaran untuk menghayati agama, tetapi kemiskinan jati diri warga kita yang terlalu kemaruk untuk menjadi Barat.
Apabila menonton NTV7 dan 8TV, saya semakin jelek dengan gelagat ‘orang-orang urban‘ yang terdesak untuk menjadi Barat. Desperado!
Inilah hasil didikan Barat, seperti yang dimahukan oleh Thomas Babington Macaulay, pegawai pendidikan British yang merangka sistem pendidikan untuk negara-negara jajahan seperti India. Apa yang beliau mahukan ialah “Indian in blood and colour, with English in taste“.
Di Malaysia, kita ada ramai Melayu yang berdarah dan warna Melayu, Cina yang berdarah cina dan warna Cina, serta India yang berdarah India dan berwarna India, tetapi mempunyai selera pemikiran dan perasaan Barat. Golongan ini, sama ada yang mem’perang’kan rambut atau tidak, tidak pernah diterima sebagai Barat oleh Barat. Hanya mereka sahaja yang tergila-gilakan Barat. Membodohkan diri seolah-olah malu dirujuk sebagai Timur, sebagai Islam.
Malah saya fikir, keghairahan orang Malaysia hari ini untuk meninggalkan Islam dan beralih kepada agama Kristian, bukanlah kerana yakin dan penuh iman kepada syariat Bible. Tetapi gejala murtad yang berlaku adalah berpunca daripada usaha melepaskan diri dari ikatan agama, agar tidak dihukum dosa ketika menjamah arak dan zina. Mengapa? Kerana agama Kristian didakyahkan sebagai agama accomodative yang menawarkan pengampunan, yang memberikan ‘harapan’, sedangkan pelaku dosa itu, misalnya penzina, di mata Islam, adalah sasaran lontaran rejam batu dan sebatan.


Sumber dipetik daripada blog Saifulislam: Tragedi Emosi Krismas. Dan juga entri Kad Krismas Saya Untuk 'Anda' mungkin dapat menambah pemahaman anda. Klik pada link tersebut dan baca dengan teliti serta buat penilaian yang seharusnya.


Jelas bukan kenapa kita kita ditegah untuk tidak menyambut perayaan beragama ini. Diharap pihak-pihak tertentu dan majikan alert tentang isu ini. Jangan terlalu mengaut keuntungan sampai ketepikan segala yang dituntut agama.


Perayaan budaya melibatkan perayaan bangsa seperti Tahun Baru Cina langsung tak ada kaitan dengan agama yang menjurus kita melakukan sesuatu yang ditegah agama. Tetapi perayaan beragama sah-sah salah di sisi agama. Ulama memperakui. Perayaan agama menentang hukum dan sekaligus menentang ALLAH. Ini hanya pandangan dek cetek akal fikiran saya melalui pembacaan dan pembelajaran. Sila rujuk kepada yang lebih arif tentang ini. Wallahu'alam.


Pesan Nabi "Sampaikan Walaupun Satu Ayat".

Wassalam.

You Might Also Like

28 Comments

  1. “Kerana ingin bersama-sama meraikan perayaan itu menjelang 25 Disember, ada orang Islam yang memakai pakaian seperti Santa Claus bagi saya, hukumnya adalah haram.

    aku rasa kata-kata ni BS. kenapa tak cakap ikut HADIS ke KORAN ke. kenapa cakap "bagi saya"?

    ReplyDelete
  2. ya ALLAH..saya selamba je wish merry xmas pada org..terima kasih atas peringatan nie.. :)

    ReplyDelete
  3. hari tu masa jalan2 kat mall nmpk gak pekerja watsons pakai topi santa tu.tanya la kat member apa hukum dia. dia pun tk pasti sgt tp waktu tu aku rasa pakai topi tu haram sebab menyerupai kaum lain. bila baca entri ni, dah dpt jawapannya. huhu terima kasih..

    ReplyDelete
  4. ouh wish pon takleh eh? thanx share info ^_^ sbb ingtkan pakaian tu je huhu..

    ReplyDelete
  5. ramai yg keliru ttg ini...
    mostly mereka xtahu membezakan antara perayaan agama dan perayaan budaya...
    kita sama sekali xbleh menyertai perayaan agama walau dlm apa cara sekalipun...

    sy byk dpt soalan n debatan drpd rakan2 mengenai hal nie...
    insyallah akan trus disebarkan...
    thks for sharing this...

    ReplyDelete
  6. salam :)

    setuju!!.ramai je orang pakai.bukan takat topi santa ni,tanduk syaitan pun sanggup pakai.

    moga sama2 belajar dari kesilapan.:)

    ReplyDelete
  7. @Anon Takde Telor:
    Mungkin beliau terlepas pandang. Tetapi beliau seroang ulama. Kenyataan ulama janganlah diragui.

    ReplyDelete
  8. @Fatehah A.:
    Memang terlalu ramai melayu pakai topi santa ni. MasyaAllah. Semoga ada sedikit input.

    ReplyDelete
  9. @-ROCKprincess-:
    Biasalah perkara yang begini memang ramai orang suka perdebatkan. Walhal terang-terangan salah di sisi agama.

    ReplyDelete
  10. @Hanisah Safian:
    Paling menyedihkan mak ayah turut serta pakai pakaian begini. Macam manalah nak didik anak-anak kalau macam tu?

    ReplyDelete
  11. haram untuk wish...tapi kenapa masih ada lagi umat islam yang berbuat demikian...kerana ia ada lah perayaan agama diorg..kita tak patut menyambutnya dan mengucapkannya..

    ReplyDelete
  12. salam
    tq kerna b;kongsi ilmu
    rupenye wish pun tidak dibolehkan
    khilaf nye eza selama ni

    ReplyDelete
  13. salam sheikh..
    just nak buat sedikit info:
    menurut dr yusof al-qaradawi:
    1) Hukum menyambut kristmas adalah haram. Tu mmg takleh nak dipertikaikan
    2) Hukum mengucapkan "selamat" kepada penganut islam adalah tidak haram jika penganut kristian itu berlindung di bawah pentadbiran Islam sebagai tanda toleransi Islam.

    Pendapat yg mengharamkan kedua-duanya adalah pendapat Ibn Al-Qayyum. Dr Yusof Qaradawi berpendapat, Ibnu Al-Qayyum berhujah berdasarkan situasi/zaman ketika itu.

    2ndly, "pemakaian yang menyerupai kaum lain" yang diharamkan adalah pemakaian yang menyerupai pakaian2 ibadah bukan Islam - rujuk Ust Azhar Idrus (youtube).

    3rdly, pendapat mufti tersebut diragui - yg diharamkan adalah pemakaian atau diharamkan adalah menyambut? Jadi, sehingga beliau membuat kenyataan yg jelas, adalah "diharamkan" untuk membuat tafsiran sendiri supaya tidak mengelirukan orang lain.

    Wallahualam

    ReplyDelete
  14. salam,

    mmg sudah nyata bhw krismas ni ttg agama kristian
    merry cristmas tu mksudnya seakan berdoa untuk jesus kn
    ak lupe mksd sbnr

    ohh..br prasan chinese new year adalah satu budaya,bkn psl agama
    thanks for sharing

    ReplyDelete
  15. cuma mahu berkongsi bacaan tambahan

    http://ms.langitilahi.com/perkongsian-bila-kamu-bising-perihal-krismas/

    moga bermanfaat

    ReplyDelete
  16. hukum menyambut krismas bagi islam adlh haram...tu sy stuju...tp untuk mengucapkan krismas xkanlah haram juge.??memandangkan kita di m'sia hidup bersama dgn pelbgai kaum dan agama.

    ReplyDelete
  17. buruk kot topi wrne merah putih tuh..haishh

    ReplyDelete
  18. Salam,
    Aiyoo..tolongah, tak habis2... Ada saja yg nak di debatekan. Kalo sekadar pakai topi atau ucap selamat pon di haramkan dah duduk dlm gua sudah Jgn campur dgn bangsa.agama lain! Bila org kata kita takde sikap toleransi lansung kita marah..abis tu lampu lap lip kita pasang untuk hari raya ? Apa tak terikut2 christmas ke tu?
    Pucuk pangkal kita tak niat apa2... How about ucapan deepavali, vesak ,gong xi fatt choi pun haram gak?
    Sudahlah..Bole balek kampung tanam jagong ok?

    ReplyDelete
  19. a.ah betul tu bro, skarang ni ramai aku dok perhati yg pkai cap santa tu, islam plak tu :(]


    ish3

    ReplyDelete
  20. ade bce gak. thx for d rmnider~

    ReplyDelete
  21. @Anon Takde Telor:hmm apa nak jadi xtau la..bila kata depa marah..

    ReplyDelete
  22. SEMUA ITU IKUT NIAT!

    Memakai pakaian Christmas tidak haram, memang menyerupai tetapi ia nya bukan pakaian untuk bersembahyang

    mengucapkan "merry christmas" tidak haram, kerana ianya cuma ucapan,

    meraikan hari Xmas : tengok cara di raikan nya, kalau hidangan yang(makanan&minuman) di jamu tidak halal bagi orang islam seperti minuman ber-alkohol maka haram lah perayaan itu...kalau diraikan hanya untuk menghibur kan dengan makanan dan minuman yang halal maka okay lah... SEMUA HUKUM ITU IKUT PADA NIAT!

    hari Krismas adalah sambutan peringatan hari lahir Jesus Christ, asal diketahui, Jesus Christ itu adalah nabi kita (di dalam islam terkenal sebagai nabi Isa) dan perayaan itu hanya perayaan ulang tahun....

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe