Sesi Monolog Dalaman

Wednesday, June 7, 2017

"Bro, Betul Ke Takaful Ini Sebuah Komitmen? Kalau Tak Mampu Macam mana?"




"Hami, aku tengok bukan orang tak nak Takaful. Tapi kadang-kadang dia tak mampu."

Tiba-tiba terpancul ayat dari seorang sahabat. Air kopi di depan mata dihirup lambat-lambat. Sedang bersesi moreh atau bahasa hipsternya adalah lepak.

"Amboi memang sangat tiba-tiba hang ni. Sebab tu la Takaful ni untuk orang yang mampu. Kalau orang tu tak mampu, aku akan suruh dia utamakan hal-hal yang lain dulu."

"Macam mana kalau orang tu nak sangat Takaful tapi dia tak mampu? Awereness dia tinggi, tapi dia betul-betul tak mampu."

Banyak pulak soalan member aku ni. Selalu tak mau sembang pun pasal Takaful. Malam ni dia naik syeh pulak. Takpa kita layan.

"Kalau awereness dia tinggi, tapi dia tak mampu, aku akan ajak dia jadi Ejen Takaful. Hahahaha."

".........."

"Okay tak kelakar. Okay macam ni la bro. Boleh dak hang senaraikan pada aku keperluan asas hang dan komitmen hang setiap bulan? Yang kalau hang tak bayaq komitmen hang ni hang akan rasa hidup hang akan dihantui."

"Macam biasalah. Bayar rumah, kereta, bil api, air, telefon, astro, PTPTN, personal loan, bagi parent. Haaa yang ni ja la kot."

"Hang pasti ini saja?"

"Ya la kot."

"Takaful hang letak celah mana?"

"Eh Takaful pun sebuah komitmen ka?"

Sengaja bagi soalan menguji minda di malam yang hening ini. Dan aku dah boleh agak itu jawapan yang ditampilkan.

"Tu la hang aku nak cerita asyik mengelak. Mai telinga hang dekat aku sikit. Dengaq elok-elok. So tadi hang dah senaraikan semua komitmen bulanan hang kan? Maknanya komitmen ni, nak tak nak hang kena bayaq. Kalau terlupa nak bayaq, itu mencari nahas. Wajibalqunnah. Soalan aku, kalau ditakdirkan sebulan hang sakit yang menyebabkan hang tak boleh bekerja selama sebulan, agak-agak menjadi satu masalah besar tak?"

"Sangat masalah besar."

"Then, siapa nak bayar all the commitment? Isteri hang? Isteri hang tak kerja kan? And even isteri hang kerja sekali pun, aku rasa semput jugak dia nak bayaq komitmen setiap bulan tu. Itu cerita dia kalau hang tak mampu kerja sebulan. Kalau hang tak boleh kerja 4, 5 bulan? Atau dah tak bekerja selama-lamanya? Hang paham kan maksud aku?"

Hanya sebuah anggukan lambat yang kelihatan. Tiada sebutir perkataan keluar dari bibirnya. Mungkin sedang menghadam apa yang aku perkatakan.

"Waktu ni la peranan Takaful bertindak. Takaful yang hang rasa bukan sebuah komitmen tadi yang akan menyelamatkan the whole income hang. Takaful hang ni jugak yang akan protect semua hang punya expenses. Macam mana? By Hibah Takaful lah. Even benda ni kecil, tapi sebenarnya dia la penyelamat untuk segalanya. Hang jujur dengan aku, agak-agak hang ada tak simpanan RM200,000 tak sekarang dalam akaun?"

"Bukan kata RM200,000, RM100,000 pun aku tak dak dalam akaun bank aku."

"See... Ini yang aku cuba sampaikan. Kalau hang ditakdirkan meninggal dunia hari ini (bukan nak minta), apa yang hang tinggalkan pada orang yang hang sayang? Sebidang tanah? Sebuah rumah banglo? Atau bebanan hutang? Atau full of commitment yang perlu dibayar setiap bulan?"

Kali ini nampak muka member seakan tersentak. Macam clueless.

"Sebab tu la aku pung pang, pung pang dok cerita dekat orang pasal Hibah Takaful ni. If anything happen to you, hang boleh hibahkan sejumlah wang tunai terus kepada isteri hang. RM200,000 ka, RM500,000 ka and even RM1 juta sekali pun tanpa perlu difaraidkan. 100% duit tu akan dapat kepada isteri hang. So agak-agak dengan sejumlah wang tu, boleh tak untuk isteri dan anak-anak hang survive? Boleh bayar hutang dan komitmen? For sure jawapan dia boleh."

"Ya Allah Hami, selama ni aku tak tau pun pasal Hibah Takaful bagai ni."

"Biasalah bro, tak semua orang tau. Tak tau takpa, yang penting ingin tau. Itu lebih penting di antara terpenting."



 **************************** 


Akhirnya sahabat saya tadi mencarum Takaful dengan saya dengan nilaian RM1 juta dihibahkan kepada isteri jika ditakdirkan berlaku perkara tak diingini di masa akan datang. Ambillah peluang dan ruang untuk ambil tahu dan bertanya.

Saya tak pernah rugi apa-apa. Tapi saya akan rasa sedikit kecewa jika tidak mampu sampaikan perkara manfaat ini pada semua.

Hibah Takaful bukan untuk saya. Tapi untuk awak, kamu, dia, mereka dan kita semua.

Seperti biasa boleh hubungi saya seperti di bawah. Tanya je apa pun, insyaAllah saya akan settlekan kebuntuan hampa semua.


TEMUI SAYA DI SINI:

Hami Asraff Bin Ab. Halim 
Executive Wealth Planner
Prudential BSN Takaful
+6019-4522171 (WhatsApp/SMS/Call) 
Email: hamiasraff (at) gmail (dot) com 
WeChat: hami_asraff

Thursday, June 1, 2017

Aku Dan Nescafe


Sakit kepala.

Kepala pening bervertigo.

Peluh bercerau-cerau.

Benda ini jadi balik. Biasanya akan datang time petang-petang. Aku selalu akan sambar panadol actifast. Telan dan 2 minit kemudian akan lega. Tapi kadang ambil masa agak lama untuk reda. Aku tau bukan elok pun kalau ambil panadol ni. Tapi itu je la solution yang aku selalu buat. Eh tak tak. Solution terpantas aku selalu ambil adalah NESCAFE.

Okeylah aku terpaksa buat pengakuan. Aku dan Nescafe memang kawan baik pun. Sehari aku tak nikmati nescafe badan dah lesu semacam. Sekurang-kurangnya kena ambil 2 cawan nescafe sehari. Pagi dan petang. Itu sekurang-kurangnya, kalau selebih-lebihnya bercawan-cawan, bergelas-gelas, bertin-tinlah nescafe setiap hari.

Teruk kan? Aku ni dah tahap addicted tahu.

Korang mengalami macam aku tak? And ada solusi tak terhadap permasalahan ini? Kalau ada cer try bagi suggestion tengok.