Sesi Monolog Dalaman

Kenali Hami Asraff






Assalamualaikum w.b.t

Tiada apa yang menarik tentang diri ini. Cuma seorang insan yang suka menulis. Mula menulis blog ini pada 15 Julai 2009. Masuk tahun ini dah 8 tahun menulis. Oh lama juga.

Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik di UiTM Shah Alam. Pernah menjadi Jurutera di beberapa buah syarikat swasta. Dek kerana merasakan diri kurang serasi dengan jiwa seorang Jurutera, makanya aku beralih arah kepada seorang pengajar. Mendapat tawaran menjadi seorang Pensyarah di UNITEN, Bangi. Aku memang suka mengajar.

Masa berlalu. Sekarang bekerja sepenuh masa sebagai Perancang Kewangan di Prudential BSN Takaful Berhad dan separuh masa sebagai penulis. Telah memiliki sebuah buku berjudul Telegraf Cinta USD terbitan NuBook Press. InsyaAllah akan menyusul dengan buku-buku lain kelak. Doakan.

Menjadikan blog ini sebagai medan luahan rasa, bingkisan hati, nukilan jiwa untuk perkongsian bersama.

Moga ada manfaat.

No comments: